Webinar DiLea Bahasa Inggeris 4.0

17 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2025, telah diadakan satu Webinar DiLea Bahasa Inggeris 4.0 yang berlangsung secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini memberi tumpuan kepada penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan penekanan kepada pengukuhan format serta persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Sepanjang sesi, pelajar diberikan penerangan menyeluruh mengenai format peperiksaan termasuk jenis soalan, teknik menjawab serta strategi pengurusan masa ketika menghadapi ujian. Selain itu, mereka turut dibimbing dengan panduan persediaan yang sistematik agar lebih yakin dan bersedia menghadapi peperiksaan.

Webinar ini bukan sahaja membantu pelajar memahami kehendak soalan UASA, malah turut meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris secara praktikal. Dengan pendedahan ini, pelajar diharap dapat memperkukuh asas bahasa, menguasai format peperiksaan, serta meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali